Friday, 10 February 2012

KRITIKAN NILAI DALAM LAGU

Nilai kemanusiaan, moral dan keindahan bahasa dalam lagu ‘Wajah’
Oleh
Nathasya Azalia binti Mior Aziz
Wajah oleh Jaclyn victor

Berbumbungkan angkasa kelabu
Lantainya bumi retak seribu
Setiap langkah perjalanananmu
Onak berliku

Betapa berat mata memandang
Berat bahu menggalas bebanan
Belum sempat menitis ke pipi
Tangisan kering sendiri

Berkali tersungkur
Pandanganmu kabur
Namun azam meneruskan hidup
Tak pernah luntur

Engkaulah perwira
Di medan derita
Merentasi ranjau kehidupan
Dengan harapan

Luahan rasa derita jiwa
Pada wajah tiada rahsia
Menunggu malang berganti tuah
Usah kau berputus asa
Kaulah.......wira...

Berbumbungkan angkasa kelabu
Lantainya bumi retak seribu
Setiap langkah perjalanananmu
Onak berliku


Berdasarkan rangkap yang pertama menceritakan kesusahan seseorang itu mengharungi kehidupan yang penuh dengan cubaan dan dugaan.
Betapa berat mata memandang
Berat bahu menggalas bebanan
Belum sempat menitis ke pipi
Tangisan kering sendiri


Rangkap yang kedua pula menunjukkan nilai kemanusiaan yang terdapat dalam diri penulis iaitu cuba memahami keperitan yang dialami oleh seseorang. Walaupun berterusan ditimpa dugaan namun dia tidak pernah menyerah.

Berkali tersungkur
Pandanganmu kabur
Namun azam meneruskan hidup
Tak pernah luntur


Rangkap ketiga pula mempunyai nilai moral yang tinggi iaitu walaupun sentiasa gagal namun dia tetap berazam  untuk berjaya dalam meneruskan hidup.
Engkaulah perwira
Di medan derita
Merentasi ranjau kehidupan
Dengan harapan


Senikata dalam rangkap keempat mempunyai nilai keindahan bahasa yang tinggi kerana mengibaratkan diri seseorang itu sebagai perwira yang kerana tidak pernah gentar dalam mengharungi kehidupan yang penuh derita namun jauh disudut hatinya mempunyai harapan yang tinggi untuk berjaya.

Luahan rasa derita jiwa
Pada wajah tiada rahsia
Menunggu malang berganti tuah
Usah kau berputus asa
Kaulah.......wira...


Rangkap terakhir ini menunjukkan nilai kemanusiaan yang terdapat dalam masyarakat walaupun kadang kala meluahkan rasa derita yang dialami namun tidak pernah berputus asa  kerana ada yang membantu.

Berdasarkan senikata diatas  sememangnya mempunyai nilai keindahan bahasa yang tinggi kerana untuk menggambarkan kesusahan yang dialami oleh seseorang itu penulis menggunakan pelbagai perumpamaan yang indah dan mempunyai makna yang mendalam.

No comments:

Post a Comment