Friday, 10 February 2012

PERBEZAAN ANTARA WEB, PORTAL DAN BLOG

Pengenalan
Namun, bagi orang yang baru mengenali dunia laman web ini, masih ramai yang ragu-ragu dan pening jenis-jenis laman web yang boleh dibina dan apakah jenis konsep yang sesuai digunakan sekiranya ingin membangunkan satu laman web.
Sehubungan itu, bagi yang baru, anda boleh gunakan artikel ini sebagai rujukan kepada jenis laman web yang bakal anda bina. Jadi seperti biasa, sebelum kita melangkah lebih jauh ke depan, seharusnya anda perlu tetapkan terlebih dahulu jenis kandungan yang bakal anda muatkan. Adakah anda hanya ingin menyediakan cerita-cerita mengenai diri anda, satu laman yang penuh dengan gambar-gambar atau laman web yang menyediakan kemudahan untuk berinteraksi.
Selaras dengan perkembangan dunia laman web yang memperkenal konsep Web 2.0, laman web yang berunsurkan statik atau satu hala sudah ketinggalan zaman. Sekarang kita tekankan kepada interaksi 2 hala di mana pihak pembangun menyediakan tapak dan pelawat akan turut serta untuk memeriahkan laman web anda. Inilah antara tujuan utama atau makna sebenar Web 2.0. Untuk lebih memudahkan pemahaman mengenai jenis-jenis laman web, saya simpulkan kepada 3 jenis kategori yang utama iaitu portal, forum dan blog. Ini sudah cukup untuk anda yang baru hendak bermula.
Laman web bolehlah ditakrifkan sebagai halaman-halaman elektronik yang dipaparkan melalui komputer dengan menggunakan teknologi internet. Namun, laman web hanyalah tertumpu kepada penyaluran maklumat asas kepada pengunjung semata-mata. Komunikasi dua hala sangat kurang antara pengunjung dengan pengendali web ataupun web itu sendiri. Kita boleh lihat secara langsung dalam majoriti web zaman kini yang tertumpu kepada penyaluran maklumat semata-mata dan pengguna seolah-olah dipaksa menerima maklumat yang telah dikarangkan oleh pengendali sahaja. 

Portal pula, kita boleh sinonimkan dengan kata dasarnya ‘PORT’. Apa yang terbayang dalam benak kita berkenaan pelabuhan atau tumpuan persinggahan? Kalau di pelabuhan, kita boleh lihat kegiatan pemunggah kontena atau barangan. Di situ juga terdapat proses urusniaga atau pertukaran maklumat mengenai sesuatu hal. Portal adalah lebih menyeluruh kerana dilengkapi pelbagai aplikasi yang menyokong antara satu sama lain dan maklumat-maklumat yang terkumpul ini akan dihidangkan kepada individu tertentu dalam membuat sebarang keputusan.
Perbezaan yang paling ketara antara portal dan laman web ialah sasaran pengunjungnya. Siapakah pengunjung yang berpotensi melayarinya? Jika hanya untuk tatapan umum dengan disajikan maklumat-maklumat asas, hanya orang yang mahir sahaja dapat mengubahsuai kandungannya serta tidak banyak interaksi pengunjung biasa dengan pentadbir web atau web itu sendiri, itu ialah laman web. Jika portal pula, pengunjung sasarannya adalah lebih menyeluruh. 
Laman web juga terpaksa ‘bergantung hidup’ kepada pembangunnya. Jika pembangunnya telah berpindah atau tiada, maka tamatlah riwayatnya. Berbeza dengan portal, walaupun tidak dapat mengubah susun atur atau penambahan aplikasi yang baru setelah pembangunnya tiada, individu yang mengambil alih tugasnya tidak perlu membuka kod-kod pengaturcaraan yang berjela-jela, cukuplah sekadar berinteraksi dengan aplikasi-aplikasi yang ada untuk mengubahsuai atau menambah maklumat-maklumat tertentu. Ini bermakna, orang lain mampu meneruskan kesinambungan portal itu walaupun ketiadaan pembangun asalnya mahupun penggantinya buta kod-kod pengaturcaraan.
Namun, kini terdapat banyak ‘template’ untuk laman web. Adakala kita lihat seolah-olah itu juga macam portal kerana kita boleh ubahsuai kandungan malahan susun aturnya sekali. ‘Template’ tidak boleh disamaertikan dengan portal. Walaupun terdapat interaksi antara pengunjung dengan web, tetapi pembangunnya terpaksa mengikut acuan ‘template’ tersebut dan tidak mampu mengintegrasikan laman webnya dengan kepelbagai penggunaan terdapat sesuatu organisasi. Sebagai contoh, dalam template kita tidak berupaya mengubah atau menambah aplikasi yang bersesuaian dengan kehendak kita. Kita seolah-olah macam dipaksa menerima kandungan yang telah disediakan. Begitulah boleh kaitkan template dengan portal.
Portal adalah anjakan daripada laman web. Portal lebih ‘besar’ dan menyeluruh berbanding laman web. Terdapat berpuluh-puluh aplikasi yang menyokongnya. Portal membantu dalam pengurusan atau membuat keputusan, hasil maklumat-maklumat yang dijanakan olehnya.

Antara ciri-ciri yang perlu ada untuk laman web berjenis portal adalah:
  1. Paparan maklumat atau informasi yang penting berada di laman utama
  2. Susunan semua maklumat adalah lebih teratur dan mudah dicapai oleh pelawat
  3. Kandungan laman web lebih variasi dan tidak terlalu tertumpu untuk satu jenis
  4. Reka bentuk laman adalah ringkas dan setiap elemen-elemen dimasukkan dalam satu kawasan-kawasan tertentu
  5. Kandungan berasaskan kepada teks dan grafik (50%-50%)
  6. Elemen multimedia dan interaktif seperti grafik animasi dan paparan pautan menu beranimasi menarik minat pengunjung
  7. Pelawat boleh meninggalkan komen, menghantar artikel atau maklumat lain ke laman web
  8. Informasi selalu ringkas tetapi padat agar pengunjung lebih mudah untuk memahami maklumat yang ingin disampaikan
  9. Penggunaan beberapa widget tambahan seperti video dan foto galeri
  10. Struktur laman web lebih teratur dan tidak terlalu serabut
Blog merupakan ringkasan dari perkataan asalnya, web log. Ia mirip kepada diari harian atau jurnal online yang mengandungi cetusan rasa, pendapat peribadi, perkongsian maklumat atau dalam apa sahaja bentuk penulisan. Blog biasanya sentiasa dikemaskini setiap hari atau setiap masa mengikut kemahuan pemiliknya. Blog tidak banyak berbeza dengan laman web biasa. Tetapi perbezaan ketara antara keduanya ialah setiap kali bahan penulisan terbaru dimasukkan di dalam blog, yang terbaru akan berada di atas dan artikel / tulisan sebelum itu akan berada di bawahnya. Ini dipanggil Reverse Chronical Order. Berbeza dengan laman web, blog amat mudah diuruskan. Sesiapa sahaja boleh menggunapakai blog walaupun tanpa pengetahuan teknikal mahupun pengetahuan IT yang tinggi. Walaupun begitu, pemahaman Bahasa Inggeris adalah amat penting sekali kerana setakat ini belum ada lagi blog yang dibangunkan menggunakan Bahasa Malaysia! Namun, anda tetap boleh menulis dalam Bahasa Malaysia!! Selain itu, setiap tulisan di dalam blog boleh diberi komen oleh para pembaca @ pelawat blog berkenaan. Ciri ini bagaimanapun bergantung kepada kemahuan pemilik blog tersebut samada mahu diadakan atau tidak.
Blog juga biasanya mudah di index oleh enjin pencari @ enjin carian kerana ia sentiasa dikemaskini. Disebabkan ciri inilah blog begitu cepat menjadi popular terutamanya kepada internet marketer dan pemilik perniagaan internet. Ia menjadi alat pemasaran yang amat berkesan disebabkan mudah disenaraikan di enjin pencari. Ada terdapat banyak laman web menyediakan perkhidmatan blog samada secara percuma atau berbayar. Antara yang popular dan percuma seperti blogger.com, wordpress.com, dan tblog.com ini. Blog juga boleh dipasang di laman web. Untuk tujuan ini, anda perlu memasang perisian blog. Ketika ini, perisian Wordpress merupakan perisian blog yang amat popular di kalangan webmaster disebabkan mudah digunapakai mengikut kemahuan sendiri dan mempunyai banyak plug-in yang hebat.
RUJUKAN:

No comments:

Post a Comment